YBhg. Datuk KPE telah menghadiri sesi perbincangan dengan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN yang juga merupakan Pengerusi Institut Integriti Malaysia pada 12 Januari 2023.

Agenda perbincangan memfokuskan kepada persiapan penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) yang akan berlangsung pada 18 Januari 2023 dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.

AIGA 2022 merupakan salah satu inisiatif IIM dalam usaha menerap dan memperkasakan integriti dan tata kelola baik khususnya dalam organisasi awam dan swasta.