Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melakukan satu sesi perkongsian bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 8 Jun 2022 bertempat di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam. Sesi ini telah dihadiri Ketua Unit Integriti PKNS, Encik Roslan Sekin dan Pegawai-pegawai Kanan PKNS. Encik Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan IIM telah berkongsi beberapa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM pada sesi ini.

Perkongsian yang menjurus kepada hasrat utama PKNS berkenaan semakan semula Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan persediaan ke arah pensijilan ISO 37001 : Anti-Bribery Management System (ABMS) bagi memastikan pelan tindakan sedia ada terlaksana di setiap bahagian dan memantapkan pembudayaan integriti dalam kalangan warga kerja PKNS.

IIM berbesar hati untuk membantu PKNS dalam mencapai hasrat murni tersebut dan juga bersama-sama menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja PKNS menerusi penawaran program latihan integriti.