Institut Integriti Malaysia (IIM) telah turut serta sebagai panelis di dalam Webinar bertajuk “Promote Best Practice on Integrity, Safety & Health” anjuran Board of Engineers Malaysia (BEM) bagi BEM Convention Day 2022 pada 26 Oktober 2022.

Webinar yang diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur ini telah dihadiri seramai 558 peserta. Webinar ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebarkan maklumat berkenaan amalan terbaik mengenai integriti, keselamatan dan kesihatan kepada semua ahli BEM, sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik BEM 2021-2025.

IIM telah membentangkan kertas mengenai “BEM Guidelines on Integrity Management System (IMS) for Engineering Consultancy Practices (ECP)”. Garis panduan ini telah dibangunkan dengan kerjasama IIM dan BEM untuk menggalakkan integriti, amalan etika kerja dan tadbir urus yang baik dalam memerangi rasuah dan penyelewengan dikalangan Engineering Consultancy Practices (ECP).

Turut hadir moderator webinar, Ir. K. Sundraraj (Chairman, Professional Practices Committee) serta ahli panelis, Pn. Maisyarah binti Mansoruddin (Ketua Seksyen Sistem dan Pembangunan Standard, IIM), Ir. Dr. Mohd Fairuz bin Abdul Rahman (Timbalan Pengarah, DOSH), dan Ir. M. Ramuseren (Senior General Manager Technology Development Sector, CIDB).